Jumat, 09 November 2012

Lelaki Dan Wanita Acuan Al-Qur'an

...Lelaki Dan Wanita Acuan Al-Qur'an...


 Lelaki dan Wanita acuan Al-Qur'an ialah seorang lelaki yang beriman..
Yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah Azza Wa Jalla.
Yang sentiasa haus dengan ilmu

Yang sentiasa dahaga dengan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu.

Lelaki acuan Al-Qur'an ialah lelaki yang menjaga tuturkatanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya yang pelindung
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang.

Lelaki acuan Al-Qur'an ialah lelaki yang menghormati ibubapanya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orangtua dan keluarga
Yang bakal menjaga keharmonian rumah tangga
Yang akan mendidik anak anak dan isteri mendalami agama Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menunggu akhirat.

Lelaki acuan Al-Qur'an sentiasa bersedia untuk agamanya
Yang hidup dibawah naungan Al-Qur'an dan mencontohi sifat Rasulullah SAW
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.

Lelaki acuan Al-Qur'an tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana kuat membaca
Yang suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangun subuhnya penuh dengan kecerdasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan.

Lelaki acuan Al-Qur'an sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup didunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibajai dan dijaga
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.

Lelaki acuan Al-Qur'an ialah lelaki yang tidak mudah terpesona
Dengan buaian dunia Kerana dia mengimpikan Syurga,Disitulah rumah impiannya,Bersama wanita acuan Al-Qur'an”

Wanita Acuan Al-Qur'an

Wanita Acuan Al-Qur'an ialah Seorang wanita Yang Beriman
Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah Azza Wa Jalla.
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu.

Wanita Acuan Al-Qur'an Ialah wanita Yang Menjaga Tuturkatanya
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung
Yang Mempunyai Ramai Kawan Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang
Bersifat Jembalang.

Wanita Acuan Al-Qur'an Ialah wanita Yang Menghormati Ibu bapanya
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga
Yang Bakal Memelihara Keharmonian Rumahtangga
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan membantu suami Mendalami Agama Islam
Yang auratnya dikhaskan buat suami tercinta
Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan
Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat.

Wanita Acuan Al-Qur'an Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan Mencontohi Sifat Rasulullah SAW
serta wanita sufi yg digariskan dalam kalamullah
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya.

Wanita Acuan Al-Qur'an Tidak Pernah Membazirkan Masa
Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan
Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan
Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan.

Wanita Acuan Al-Qur'an Sentiasa Mengingati Mati
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga
Meneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian bersama lelaki.

Wanita Acuan Al-Qur'an Ialah wanita Yang Tidak Mudah Terpesona,Dengan Buaian Dunia Kerana dia Mengimpikan Syurga,Di Situlah Rumah Impiannya
Bersama lelaki Acuan Al-Quran ganjaran ALLAH AZZA WA JALLA.

Ya Allah jadikan Al-Qur'an penenang hatiku,cahaya di dadaku,penghapus kedukaan ku dan penghilang kesedihanku”

0 komentar:

Posting Komentar

Jika terjadi kesalahan dan kekurangan disana-sini dalam catatan ini ... Itu hanyalah dari kami ... dan kepada Allah SWT., kami mohon ampunan ...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More