Jumat, 09 November 2012

Apabila kau ingin berteman



Apabila kau ingin berteman, janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan, kau mungkin akan menjauhinya..

Andai kau ingin berteman, janganlah kerana kebaikkannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukkan, kau akan membencinya..


Andai kau inginkan sahabat yang satu, janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu, kau mungkin akan memfitnahnya..

Andainya kau inginkan seo
rang teman, janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tdk pandai menceriakan, kau mungkin akan menyalahkannya..

Andai kau ingin bersahabat, terimalah dia seadanya,
Kerana dia seorang sahabat, yang hanya manusia biasa..

Jangan diharapkan sempurna, kerana kau juga tidak sempurna ,
Tiada siapa yang sempurna ,Tapi bersahabatlah kerana Allah...

0 komentar:

Posting Komentar

Jika terjadi kesalahan dan kekurangan disana-sini dalam catatan ini ... Itu hanyalah dari kami ... dan kepada Allah SWT., kami mohon ampunan ...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More