...7 Gangguan Syaitan Ketika Sakaratul Maut .... !!!
Bismillaahir-Rahmaanir-Rahiim
... Iblis dan Syaitan akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan
memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke
akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu a
khir hayat iaitu ketika sakaratul maut.
Syaitan mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7
golongan dan rombongan.Hadith Rasulullah s.a.w.. menerangkan:Yang
bermaksud: “Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan
Syaitan di waktu maut.”
Rombongan 1
Akan datang Syaitan
dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas,
perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat.
Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya
sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan
disentuhnya barangan Syaitan itu, di waktu itu nyawanya putus dari
tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah
s.w.t. inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.
Rombongan 2
Akan datang Syaitan kepada orang yang didalam sakaratul maut itu
merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau,
Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam
sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun
meraung dan melompat sekuat hati.
Maka seketika itu juga akan
putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati
lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah s.w.t., matinya itu
sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.
Rombongan 3
Akan datang Syaitan mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam
sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi
minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati
itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia
minat dengan Kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba
(judi).
Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka
dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang
hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu
tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan
yang lalai dan lupa kepada Allah s.w.t.. Matinya itu mati Fasik dan
Munafik, maka nerakalah tempatnya.
Rombongan 4
Akan datang
Syaitan merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang
yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang
di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan
sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun
datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah
tempatnya
Rombongan 5
Akan datang Syaitan merupakan dirinya
dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya
dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam
sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun
menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa
oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Syaitan,
berkata
dengan rayu-merayu “Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang
kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan
menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan
marilah bersama kami masuk ke dalam syurga.”
Maka dia pun sudi
mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu
matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di
dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.
Rombongan 6
Akan datanglah Syaitan merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang
membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: “Wahai muridku, lamalah
sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya
kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan
bomoh bersama dengan ubat untukmu.” Lalu diminumnya ubat, itu maka
hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali.
Lalu datanglah pula Syaitan yang menyerupai ulamak dengan berkata:
“Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati
didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?”
Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: “Aku tidak tahu.”
Berkata ulamak Syaitan: “Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang
tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah
mendapat syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah
disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah s.w.t.
hendaklah kamu patuh kepada kami.”
Ketika itu orang yang dalam
sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya
sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga
palsu yang dibentangkan oleh Syaitan bagi tujuan mengacau orang yang
sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul
maut itu bertanya kepada ulamak palsu:
“Bagaimanakah Zat Allah?” Syaitan merasa gembira apabila jeratnya mengena .
Lalu berkata ulamak palsu: “Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu. “
Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni
itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu
benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.
Berkata Syaitan: “Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah.”
Berkata orang yang dalam sakaratul maut: “Wahai guruku, bukankah ini
benda yang benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam,
iaitu benda besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan
bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya.
Sedangkan Zat Allah
tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat
kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui
dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini.”
Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut
nyawanya, maka matilah orang itu di dalam keadaan dikatakan kafir dan
kekal di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya
di dunia ini.
Rombongan 7
Rombongan Syaitan yang ketujuh
ini Syaitan terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah
kerana dia menepati Iktikad Muhammad s.a.w. bahawa umat Muhammad akan
terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli
sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat.
Ketahuilah bahawa Syaitan itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam
dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia
sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang
hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk
menyelamatkan dirinya dari gangguan Syaitan dan Iblis yang akan berusaha
bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut.
Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud: “Ajarkan oleh kamu
(orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha
Illallah.”
Barakallahufikum ....
Salam Terkasih ..
Dari Sahabat Untuk Sahabat ...
... Semoga tulisan ini dapat membuka pintu hati kita yang telah lama terkunci ...
~ o ~
Salam santun dan keep istiqomah ...
--- Jika terjadi kesalahan dan kekurangan disana-sini dalam catatan ini
... Itu hanyalah dari kami ... dan kepada Allah SWT., kami mohon
ampunan ... ----
Semoga bermanfaat dan Dapat Diambil Hikmah-Nya ...
Silahkan DICOPAS atau DI SHARE jika menurut sahabat note ini bermanfaat ....
#BERSIHKAN HATI MENUJU RIDHA ILAHI#